klik sekali .

Friday 28 October 2011

karena ku sayang kamu


Seandainya kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kau  jauh dariku
Kan slalu kunanti
Karena ku sayang kamu
Hati ini selalu memanggil namamu
Dengarlah melatiku
Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yang lain
Adakah rindu dihatimu
Seperti rindu yang kurasa
Sanggupkah ku terus terlena, tanpamu di sisiku
Ku kan slalu menantimu
Seandainya kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kau jauh dariku
Kan slalu kunanti
Karena ku sayang kamu
Kan selalu ku nanti, karena ku sayang kamu

Sunday 23 October 2011

Lelaki itu..

Lelaki itu, tidak ku tahu mengapa aku jatuh sayang padanya, tidak ku tahu mengapa aku jatuh rindu padanya dan juga tidak ku tahu mengapa aku sentiasa tegar walaupun dia yang melukakan ku.. Bukan sekali, bukan dua malah berkali-kali..
Tuhan adakah aku satu permainan?? Tidak aku tahu aku punya nyawa, aku tahu aku punya perasaan, aku tahu aku punya hati, aku tahu aku juga punya harga diri dan aku tahu apa itu erti sebuah kehidupan..
Hidup ini tak perlu mempermainkan, tak perlu menyakitkan insan yang mahu kau jaga.. Kerna aku tetap tegar berpegang pada janji itu.. Janji yang disemat pada hari pertama aku menyayangimu, janji yang mungkin memakan diri pada pandangan sekelilingku, janji yang tetap aku berdegil mahu tunaikan disaat sekelilingku menangis aku begitu..
Mengapa?? Aku tidak tahu mengapa..Tapi sati yang aku tahu.. Aku sayang kamu.. Aku sayang kamu.. Amat menyayangi kamu..Benar dia tak punya apa-apa..Hanya gadis biasa yang bisa tumpah air matanya..Kerana lelaki itu..
TUHAN.. Kurniakanlah kesabaran padaku, berikan semangat untuk terus menjaga lelaki itu..Disaat susah senangnya,disaat dia mahu cinta suci seorang wanita,disaat hatinya tidak keruan  dan mahukan pelukan manja, disaat dia kebuntuan dan hilang arah,disaat dia hilang bicara,disaat dia perlukan ketenangan..Aku mahu terus disisinya, mahu terus berada untuknya, mahu selalu dekat dengannya.. Kerana aku sayang dia, aku cinta dia untuk selamanya..
Walaupun kamu selalu sakiti aku, aku tetap mahu kamu.. Kerana aku yakin dengan gerak hatiku.. Gerak hatiku yang meminta agar jangan sesekali tinggalkan kamu..Malah menyuruh menjagamu.. Apa betul keputusanku ini?? Aku tidak mahu tahu.. Apa yang aku tahu biarlah aku terus menjaga kamu.. Hanya ALLAH yang maha tahu.. Hanya ALLAH maha pelindungku kerana dialah yang mememukan aku dengan mu..
Aku pohon hanya satu.. Jangan kau pergi jauh dariku..Kerna aku mahu jaga kamu, mahu peduli tentang kamu, kerna itu yang hati ku mahu.. Jangan tanya aku kerna aku memang tak tahu.. Aku hanya mahu kamu..


Wednesday 19 October 2011

BILA PEREMPUAN MENANGIS !

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.
Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.
Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Tuesday 11 October 2011

Dan Aku Menangis Lagi

Bila kali terakhir aku menangis? Sebenarnya berat untuk aku jawab.. Menjawab bermaksud aku dengan sengaja mengimbas kembali kisah sedih aku.. Tanpa ada sesiapa yang mendengar rintihan..tanpa ada sesiapa yang memujuk.. Aku menangis yang bersungguh sungguh.. Aku memang terluka sangat.. Ketika itu hanya Allah tempat ku mengadu.. Dalam kesungguhan, aku berdoa agar dia tidak berubah hati.. Aku seakan memaksa Tuhan untuk mengikut kehendak hatiku.. Aku meminta agar hatinya,sayangnya dan rindunya hanya untukku..bukan  untuk orang lain..Aku terlupa yang Tuhan sebenarnya telah menetapkan sesuatu untukku.. Maka semakin aku meminta semakin resah hatiku..tidak tenang sama sekali..


Sehingga suatu malam setelah puas menangis, aku berhenti meminta.. Aku tidak berdoa seperti malam malam sebelumnya.. Aku hanya bertafakur menikmati rasa kesedihan yang ada di hatiku.. Di saat itu aku betul betul merasakan ketenangan.. Setelah begitu lama aku bersedih itulah saat dimana hatiku betul betul terasa ringan.. Rupa rupanya baru aku sedari selama ini aku cuba untuk melawan kesedihan dan kesakitan.. Satu pelajaran baru untukku.. Aku mula berfikir kenapa aku kalut sangat nak melawan rasa sedih dan kecewa.. Ikut sahaja rasa kesedihan itu.. Andai Allah telah tetapkan kesedihan dan kesakitan itu untuk aku, terima saje dengan penuh redha kerana setiapnya ada hikmah yang tersembunyi.. Maka doa aku pun berubah agar aku diberi kekuatan....Di saat aku menjawab soalan itu aku terasa hati aku ngilu.. Tanpa sedar sebenarnya luka itu masih basah.. Masih terasa pedihnya..Orang kata masa akan mengubat segala kelukaan.. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak tenggelam dalam kelukaan itu.. Aku menjalani kehidupan seperti biasa.. Syukur kerana aku dikelilingi insan insan yang menyayangi aku dan sentiasa sudi memaafkan kesalahanku.. Aku tidak pernah menyesal kerana dipertemukan dengannya.. Aku tahu TUHAN BEKERJA DALAM RAHSIA.. Aku pasti ini ujian bagiku untuk melihat di mana hati aku ketika suka atau ketika bersedih.. Ya Allah, ampunkan aku kerana lalai dalam mengingatiMU..Biarlah aku menangis atas rasa keinsafan dan inginkan keampunan dariNya.. Aku ingin hatiku sentiasa dekat denganNYA agar bila cinta itu datang lagi aku bisa merasa nikmatnya.. Aku tidak akan menolak rasa cinta yang datang kerana ia anugerah dari Allah.. Cuma satu  aku nak dia tahu.. Aku sangat menyayangi dia selamanya...Selamat malam.. 

Saturday 8 October 2011

"Kadang2 ALLAH jarakkan sekejap sesuatu PERHUBUNGAN,
kemudian DIA datangkan pula KERISAUAN & KESUNYIAN,
puas kita menangis dan mengadu pd-Nya mencari cinta sesama insan,
rupa-rupanya DIA nak hadiahkan kita KERINDUAN yg berpanjangan yang sgt indah..."roll

*Hanya DIA Yang Maha Mengetahui....

POLI Bloggerz