klik sekali .

Sunday 23 October 2011

Lelaki itu..

Lelaki itu, tidak ku tahu mengapa aku jatuh sayang padanya, tidak ku tahu mengapa aku jatuh rindu padanya dan juga tidak ku tahu mengapa aku sentiasa tegar walaupun dia yang melukakan ku.. Bukan sekali, bukan dua malah berkali-kali..
Tuhan adakah aku satu permainan?? Tidak aku tahu aku punya nyawa, aku tahu aku punya perasaan, aku tahu aku punya hati, aku tahu aku juga punya harga diri dan aku tahu apa itu erti sebuah kehidupan..
Hidup ini tak perlu mempermainkan, tak perlu menyakitkan insan yang mahu kau jaga.. Kerna aku tetap tegar berpegang pada janji itu.. Janji yang disemat pada hari pertama aku menyayangimu, janji yang mungkin memakan diri pada pandangan sekelilingku, janji yang tetap aku berdegil mahu tunaikan disaat sekelilingku menangis aku begitu..
Mengapa?? Aku tidak tahu mengapa..Tapi sati yang aku tahu.. Aku sayang kamu.. Aku sayang kamu.. Amat menyayangi kamu..Benar dia tak punya apa-apa..Hanya gadis biasa yang bisa tumpah air matanya..Kerana lelaki itu..
TUHAN.. Kurniakanlah kesabaran padaku, berikan semangat untuk terus menjaga lelaki itu..Disaat susah senangnya,disaat dia mahu cinta suci seorang wanita,disaat hatinya tidak keruan  dan mahukan pelukan manja, disaat dia kebuntuan dan hilang arah,disaat dia hilang bicara,disaat dia perlukan ketenangan..Aku mahu terus disisinya, mahu terus berada untuknya, mahu selalu dekat dengannya.. Kerana aku sayang dia, aku cinta dia untuk selamanya..
Walaupun kamu selalu sakiti aku, aku tetap mahu kamu.. Kerana aku yakin dengan gerak hatiku.. Gerak hatiku yang meminta agar jangan sesekali tinggalkan kamu..Malah menyuruh menjagamu.. Apa betul keputusanku ini?? Aku tidak mahu tahu.. Apa yang aku tahu biarlah aku terus menjaga kamu.. Hanya ALLAH yang maha tahu.. Hanya ALLAH maha pelindungku kerana dialah yang mememukan aku dengan mu..
Aku pohon hanya satu.. Jangan kau pergi jauh dariku..Kerna aku mahu jaga kamu, mahu peduli tentang kamu, kerna itu yang hati ku mahu.. Jangan tanya aku kerna aku memang tak tahu.. Aku hanya mahu kamu..


3 comments:

  1. waahh.. terharu nyer dng story dia... perrhhh kena sngt dngn lagu nyer.... :) sweet dear....

    ReplyDelete
  2. mula2 bunyi macam jiwang jer...

    bila dah tak sedih, datang singgah blog akak, ye...www.kisah-dan-kasih.blogspot.com...

    btw, the song is so tangkap leleh but nice :)

    ReplyDelete
  3. sdey nye lagu , ble bace agy sdey wuu

    ReplyDelete


POLI Bloggerz